SELAMAT BERAMAL PARA WANITA WPUN DLM HAID DAN NIFAS... Amal ibadat yang masih boleh di lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas. Antara amalam-amalanya adalah seperti berikut: 1. Baca doa ketika datang haid Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa. FADILAT DOA: maka menulis oleh Allah baginya: ~terlepas daripada api neraka ~dapat lalu di atas Sirat dengan selamat ~aman daripada azab ~meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam ~akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid ~manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taaladi dalam masa haidnya. 2. Membaca Al Quran tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquran yang tertulis di dinding2 atau di web-site dan you-tube. 3. Mendengar bacaan AlQuran daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya. 4. Membaca dan memahami ayat AlQuran dari kitab tafsir. 5. Perbanyakkan berzikir, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat . 6. Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya. 7. Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu . 8. Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya sentiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari TERUTAMA di bulan Ramadhan . 9. Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu. 10. Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir. 11. Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala termasuk pd bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga. Antara lainya: i. Menyediakan juadah berbuka dan bersahur . ii. Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan. iii. Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur. iv. Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar. Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di ketepikan oleh Islam dalam beribadah dan menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati pahala dan kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.
Sunday, 26 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment